MALAM SYARAHAN DR. ZAKIR NAIK DI BUKIT JALIL, KUALA LUMPUR 16 APRIL 2016
IS AL QURAN GOD'S WORDS
Assalamualaikum.
Malam ini 16 April 2016 admin berada di Stadium Hoki Bkt.Jalil, K.Lumpur menyaksikan Ceramah dan Syarahan Dakwah Dr. Zakir Abdul Karim Naik. Dianggarkan jumlah hampir 30,000 orang pengunjung telah hadir menyaksikannya. Sharahan telah bermula pada pukul 9.00 malam. Turut hadir adalah Menteri Di Jabatan Perdana Menteri YB Dato' Sri Shahidan Kassim juga Menteri Besar Perlis iaitu YAB Dato' Seri Halim Man. Kelihatan juga para jemputan VIP termasuk Mufti Negeri Perlis SS Dato' Maza serta para tetamu drpd serata dunia.
Admin amat bersyukur sempat menghadirinya walaupun agak terlewat sampai di Stadium Tertutup Hoki Bukit Jalil. Sessi syarahan yang berlangsung selama 3 jam tamat pada pukul 12.00 tengah malam.
Sampailah masanya Sessi soal jawab yang bermula pada jam 12.05 pagi dengan bermulanya Pertanyaan soalan soalan dari penonton penonton dari serata dunia yang agak kritikal tetapi dengan secara bersahaja Dr. Zakir Naik dapat menjawan sehinggakan semacam debat yang agak panas pada sesuatu ketika terutama dari penonton yang bukan bersgama Islam.
Malam ini seorang pemuda Punjabi drpd India telah memeluk Islam apabila mengucapkan Shahadah dgn dibimbing oleh Dr. Zakir Naik di Bukit Jalil tepat pkl 12.10 tengah malam tadi.
Sebentar tadi seorang lagi gadis kristian roman katolik juga telah mengucapkan syahadah dan memeluk Islam dgn dibimbing oleh Dr. Zakir Naik juga disaksikan para penonton yg hadir. Allahuakbar. 3X
Jam sudah 12.20am dan masih berlangsung di sini acara soal jawab.....
Hingga kini masih berlangsung sessi soal jawab. Baru sebentar tadi seorang lagi gadis yang beragama Buddha melafazkan syahadah memeluk Islam tepat pukul 1.45am.
Sekarang ini telah larut pukul 2.05 minit. Masih berlangsung sessi soal jawab diantara penonton dan Dr. Zakir. Baru sebentar lagi seorang lagi gadis telah melafazkan Shahadah untuk memeluk Islam dgn dibimbing oleh Dr. Zakir Naik. Allahuakbar !!! Telah 4 orang penonton pada Syarahan telah mrmeluk Islam iaitu 3 org Perempuan dan seorang lelaki. Subhanallah...!!! Akhirnya seorang lagi pemuda Kristian daripada Sabah telah memeluk Islam apabila melafazksn Syahadah dgn bimbingan Dr. Zakir Naik. Bermakna telah 5 orang Mualaf baru dapat dilahirkan iaitu 3 orang perempuan dan 2 orang lelaki.
Majlis Syarahan Dr Zakir Naik ini telah berlangsung selama lebih dari 5 jam bermula pkl 9 mlm tadi. Masih berlangsung.....
Begitu tawaduk kusyuk para penonton yang kebanyakannya adalah golongan muda yg berminat di dalam Syarahan Ulamak Tersohor tersebut yang berasal daripada India yang telah banyak mengupas persoalan perbezaan fahaman Islam dan Agama lain dari sudut sains dan juga tafsiran Al Quran.
Admin berasa amat bersyukur kerana dapat bersama di dalam syarahsn tersebut dan berasa amat insaf apabila mendapati kira kira 10 peratus daripada jumlah hadirin adalah daripada bukan Islam yang berminat dengan Islam. Para penonton kelihatan saling setia dan bersatu hati sehingga sanggup menunggu sehingga tamat selama lebih kurang 2 1/2 jam lamanya
Tamat kira kira jam Jam 2.35 pagi 17 April 2016
Alhamdulillah
Syukran dan Amin
Wassalamualaikum
Admin/bmt
LINK PHOTO ALBUM : -
LONG LIVE MKW !!!
ReplyDeleteALHAMDULILLAH.....
ReplyDelete