Friday, April 21, 2017

ADAM TIDAK MENGAKU BERSALAH DAN DIBENARKAN IKATJAMIN 300K

Adam Rosly mengaku tidak bersalah beri kenyataan dan dokumen palsu kepada SPRM


Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Ampang Datuk Adam Rosly Abdullah (tengah) didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini. - Foto Bernama

























KUALA LUMPUR: Ketua Angkatan Muda Keadilan Ampang, Datuk Adam Rosly hari ini mengaku tidak bersalah atas enam pertuduhan memberikan kenyataan dan dokumen palsu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan kemewahan luar biasa yang dimilikinya.

Menurut laporan media, Adam didakwa melakukan kesalahan itu pada Feb 10 and Feb 22.

Hakim Mahkamah Sesyen kemudiannya membenarkan jaminan sebanyak RM300,000 dengan seorang penjamin.

Adam, 28, yang ditahan SPRM pada 13 April ketika hadir untuk memberi keterangan berhubung dakwaan kekayaan luar biasanya, telah berada dalam tahanan reman sejak itu bagi membantu melengkapkan siasatan kes tersebut.


Menurut sumber, SPRM juga telah menyita rumah beliau, yang juga seorang ahli perniagaan, di Ampang, yang dibeli dengan harga RM1.2 juta secara tunai.



Monday, April 10, 2017

Sorry Mahathir, No Wisdom Words.....

https://www.themalaysianinsight.com/s/1479/?utm_source=dlvr.it&utm_medium=twitter

Sunday, April 2, 2017

FAKE NEWS !!!! APRIL FOOL - WHAT'S A FOOL DAMNED NEWS - MCA condemns fake news, assures they are not leaving BN - MCA says that they are not leaving Barisan Nasional

BY VICTORIA BROWN





Liow, pictured here speaking to India's Minister of Railways Suresh Prabhu on Friday.


PETALING JAYA: MCA says that they are not leaving Barisan Nasional and are condemning a fake news article announcing the party's withdrawal from the ruling coalition.

It is believed that the fake article began circulating on social media on Saturday, which is April Fool's day.

"There is a spread of slanderous news that says MCA is leaving BN. This is a lie with bad intentions. The creator of this slander is playing a trick to create chaos," said MCA deputy president Datuk Seri Dr Wee Ka Siong on Twitter.

Dr Wee called for the Malaysian Communications and Multimedia Commission to investigate the spread of the slanderous news on social media.

He also pointed out that MCA president Datuk Seri Liow Tiong Lai is currently in India as part of the Malaysian delegation with Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak.

The fake article was written in the form of an actual newspiece and quoted Liow as well as Tourism and Culture Minister Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, among others.

It claimed that this was the "biggest political development in Malaysia", adding that Liow had disclosed the news to reporters after a "quarterly MCA Central Committee meeting".

However, the fake article had several spelling and factual mistakes, as well as the questionable byline "Neo Tar Pean", which means "you have faeces" in Mandarin.

SOURCE

Friday, March 31, 2017

JAWA BERNAM: KERAJAAN SELANGOR ROBOH LAGI GERAI MILIK ORANG MEL...

JAWA BERNAM: KERAJAAN SELANGOR ROBOH LAGI GERAI MILIK ORANG MEL...: SEMALAM bertempat di jalan utama Kampung Melayu Subang Tambahan dalam Parlimen Subang, segerombolan penguatkuasa MBSA (Majlis Bandaraya ...

Saturday, March 11, 2017

WARIS KIM JONG NAM MEMBUAT PENGAKUAN BAPANYA DIBUNUH.....












Walaupun pihak berkuasa Malaysia masih menunggu waris Kim Jong-nam mengemukakan sampel DNA, video YouTube telah muncul di mana seorang lelaki mengaku sebagai anaknya, Kim Han-sol.

Klip video 40 saat itu bertajuk KHS Video dimuat naik di laman YouTube sebuah kumpulan yang dipanggil Cheollima Civil Defence semalam.

"Nama saya Kim Han-sol, dari Korea Utara, sebahagian daripada keluarga Kim," kata lelaki itu dalam video tersebut.

"Bapa saya telah dibunuh beberapa hari lalu. Saya kini dengan ibu saya dan adik saya. Kami amat berterima kasih kepada ...," katanya. Nama yang disebut telah dilenyap dari video.

"Kami berharap ini akan jadi lebih baik tidak lama lagi," katanya, dalam menamatkan video.

klip juga menunjukkan pasportnya tetapi semua butir-butir beliau telah digelapkan.

Do Hee Youn, seorang aktivis 'Citizens Coalition for Human Rights of Abductees and North Korean Refugees' mengesahkan bahawa lelaki dalam video itu adalah Han-sol, lapor Channel News Asia.

Orang dalam video itu kelihatan sepadan dengan video temu bual awal dengan Han-sol yang disiarkan oleh Al-Jazeera dan stesen penyiar awam Finland YLE.



sumber : AWANGKELANAJAYA.COM


Artikel Terkini
Video Berahi: Zairil Patut Mengaku Sajalah...
Rakyat Ditipu: PAS Masih 'Seranjang' Dengan DAP
Israel Lulus Undang-Undang Sekat Azan
Mahathir Sentap DAP Namakan Wan Azizah Perdana Menteri
Video Dyana Mabuk "Arak Berahi"?
Gaji RM5000 Hingga RM12,000 Mohon BR1M
Video Kedua Mirip Zairil, Dyana 'Bergomol'
Kit Siang Buat Keputusan Siapa Jadi PM?
Minggu Kejayaan Najib
Video Anak Kim Jong-nam Muncul Membuat Pengakuan

Monday, February 27, 2017

TERBUKTI SEMUA SKANDAL MAHATHIR 'MENGKAMBING HITAMKAN' SESIAPA YANG DIA MAHU...!!!

CUKUP CUKUPLAH.......






[ Nota: Dedikasi buat para pegawai, dan ahli keluarga yang pernah menjadi mangsa kezaliman Mahathir Mohamad. Alfatihah buat keluarga Jalil Ibrahim Jabatan Audit Dalam - Penolong Pengurus Besar BMFL]


1. Sejak Mahathir menjadi PM 1982-2004 (22 tahun) ekuiti Bumiputera hanya meningkat 4% kepada 19.5% tahun 2004. 4 % sahaja sejak 22 tahun jadi pemimpin drakonian. Syarikat milik UMNO - UEM, Hatibudi,NST, TV3, Cold Storage, Commerce Merchant, BOC, AMI dan berpuluh syarikat Pernas - MMC, Hilton, Tradewinds dijadikan milik kroni Mahathir, Tun Daim dan Anwar Ibrahim. Ratusan bilion dibelanja untuk industri berat Hicom, Perwaja, Proton, Dayabumi, KLCC dan Putrajaya yang hanya menguntungkan bukan Melayu dan ahli keluarga mereka.


2. Sesiapa yang melawan akan dihumban ke dalam ke dalam lubang penjara Mahathir. Masa depan mereka gelap. ISA digunakan untuk menutup mulut kawan dan lawan. Itulah Mahathir. Siapa tidak kenal. Maha Firaun!


3. Ada satu persamaan yang kita dapat kesan dari semua skandal Mahathir ketika dia berkuasa sebagai PM. Beliau menggunakan kuasanya untuk menyelamatkan diri. Paling penting ialah"mengkambing hitamkan" sesiapa sahaja dia mahu dari kawan, orang politik dan pegawai kerajaan /GLC yang pernah bekerja dengannya. Yang penting dia selamat. Ada banyak isu namun kita pilih beberapa sebagai membuka mata rakyat yang berkata sucinya Mahathir sehingga dianggap Tuhan Baru mereka kini.


SKANDAL BMF- AHLI LEMBAGA PENGARAH DIDAKWA & JALIL IBRAHIM DIBUNUH!



Abang ipar Mahathir Tun Ismail Haji Mohamed Ali (1962-1980) sebagai Gabenor Bank Negara ketika Mahathir sebagai TPM dan Menteri MITI. Tun Ismail Haji Mohamed Ali juga adalah Pengerusi PNB (1978 - 1996). Perbadanan Nasional Berhad (PNB) adalah Pemegang saham terbesar BBMB / BMFL. Apakah Mahathir juga mahu menutup penglibatan Tun Ismail selaku Gabenor atau Pengerusi PNB?


4. Carrian Holding diberi pinjaman seawal 1979. Sebelum Julai 1981 Mahathir Mohamad merupakan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri MITI. Gabenor Bank Negara Malaysia sehingga tahun 1980 adalah abang ipar Mahathir iaitu Tun Ismail Haji Mohamed Ali (Julai 1962 - Julai 1980). BMFL adalah anak syarikat BBMB, Perbadanan Nasional Berhad (PNB) adalah Pemegang saham terbesar BBMB. Tun Ismail Haji Mohamed Ali (1978 - 1996) adalah Pengerusi PNBmalah sehingga Mahathir menjadi PM selepas tahun 1981 abang iparnya tetap berkuasa terhadap PNB dan BBMB.






5. Jadi tidaklah menghairankan sehingga 1982, BBMB dan BMF di Hong Kong di bawah kuasa penuh Mahathir selaku Perdana Menteri terus melakukan transaksi pinjaman yang melangkaui had yang dibenarkan oleh Bank Negara Malaysia. BMFL seolah-olah bergantung kepada Carrian Holdings dan membuat pinjaman dengan pelbagai nama serta syarikat. Tengku Razaleigh Hamzah adalah Menteri Kewangan yang menjadi kambing hitam!





6. Lakonan Mahathir ialah pada 16 November 1982 hanya berpura-pura mendengar taklimat dari Bank Negara sedangkan beliau telah mengarahkan sepasukan pemeriksa ke Hong Kong pada 12 Julai 1982. 12 November 1982 BBMB menghantar pasukan juru audit untuk membuat penyiasatan. Hanya 22 November 1982 Allahyarham Jalil Ibrahim Pegawai Jabatan Audit Dalaman sebagai Penolong Pengurus Besar BMFL dihantar di Hongkong. Apa tindakan Tun Ismail selalu Pengerusi PNB yang juga pemegang terbesar saham BBMB bekas Gabenor Bank Negara yang tentu terlibat dengan pinjaman Carrian Holdings itu? misteri!. Akhirnya Jalil Ibrahim dibunuh dan kematian misterinya tidak berjawapan sehingga ke hari ini!. Alfatihah buat Jalil.


6. Tun Daim sebagai Menteri Kewangan, diarah Mahathir mengistiharkan kes BMF rugi sebanyak RM 2.0 billion ditutup. Pada 17 September 1984, pinjaman bermasalah BMF ditanggung oleh BBMB sejak 31 Disember 1983 telah di 'bailed out' oleh Petronas. Hebat tak Mahathir tutup semua skandalnya. Tidak hairanlah ia tidak berakhir dengan BBMB tetapi terus melingkupkan Perwaja Steel selepas itu.


7. Melengkapkan lakonan Mahathir, maka dalam Laporan Kertas Putih Laporan Akhir Jawatankuasa Penyiasat Bumiputra Malaysia Finance Limited (Hong Kong) pada tahun 1986, Mahathir membuat surat perakuan kononnya beliau tidak terlibat. Itulah cara Mahathir mencuci tangannya!












SKANDAL PERWAJA STEEL- ERIC CHIA MENYELEWENG




Lihat sekali lagi Bank Bumiputra di pergunakan oleh Mahathir. Yang kaya merompak ialah Eric Chia.
Kenyang proksi Mahathir ni menipu


8. Syarikat Perwaja Steel Sdn Bhd (PERWAJA) atau Perwaja Trengganu Sdn Bhd ditubuhkan pada 1982 untuk merintis ‘Projek Besi Keluli Kebangsaan’. Syarikat ini menanggung beban hutang berjumlah RM10 bilion membabitkan RM926 juta dalam liabiliti semasa, RM6 bilion dalam liabiliti jangka panjang dan kerugian terkumpul sebanyak hampir RM3 bilion. Pada tahun 1989 Mahathir melantik Eric Chia rakan baiknya sebagai Pengarah Urusan Perwaja kononnya untuk memulihkan Perwaja tetapi hakikatnya Eric merompak lebih banyak wang dari Perwaja.





9. Perwaja melingkup, Eric Chia meletak jawatan pada tahun 1995. Pada tahun 1998 Mahathir berkata akan mendakwa Eric Chia jika bukti mencukupi tetapi dia tidak berbuat demikan sehingga habis pemerintahannya. Tan Sri Eric Chia Eng Hock ditahan berhubung kes penyelewengan dalam Perwaja melibatkan kerugian RM2.9 bilion pun hanya pada tahun 2004 (pecah amanah RM76.4juta) ketika Tun Abdullah Ahmad Badawi sudah menjadi Perdana Menteri. Namun dibebaskan pada tahun 2007 selepas pendakwa didapati gagal membuktikan kes terhadapnya.


10. Mahathir sipemberi wang kerajaan selamat, Eric Chia dibicarakan dan dibebaskan sehinggalah kesnya ditutup selepas kematiannya tahun 2008. Itulah Mahathir dia tak mungkin bersalah. Sekalipun alasan dan surat-surat Mahathir digunakan untuk menyelamatkan Eric Chia.




SKANDAL PKFZ- LING LIONG SIK DIKAMBING HITAMKAN






11. Kes yang tidak kurang menariknya ialah kes Skandal Port Klang Trade Zone (PKFZ). Pendakwaan kes ini dibuat tahun 2011 melibatkan begitu ramai individu termasuk tokoh-tokoh politik kerana peningkatan kos PKFZ sehingga 4 kali ganda, dari RM1.1 bilion hingga RM4.6 bilion. Ramai yang terlibat terdiri dari pegawai dan tokoh pemimpin dipanggil termasuk Tun Mahathir.

12. Apakah pertuduhannya? untuk menyelamatkan sesiapa yang terlibat ialah Dr Ling Liong Sik selaku bekas Menteri Pengangkutan dituduh dimahkamah menipu kerajaan Malaysia apabila tidak mendedahkan kepada Jemaah Menteri fakta berkaitan kadar faedah sebanyak 7.5 peratus setahun adalah tambahan kepada harga pembelian tanah pajakan negeri 7324 Lot 67894 yang berasaskan RM25 skp (sekaki persegi) iaitu RM1,088,456,000 sedangkan beliau tahu Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH), dalam menentukan nilai kadar RM25 skp, telah mengambil kira kadar kupon/faedah. Termasuk dua pertuduhan pilihan lain.

13. Sekali lagi tugas Mahathir di mahkamah hanya berkata


"Saya minta maaf. Saya berkata jujur. Saya hanya kata saya mungkin menggunakan istilah itu secara tidak tepat sebab saya tak biasa. Budak sekolah memang faham perkataan tunai tetapi dia tak faham apa itu harga tunai, harga kontrak, harga pembelian atau harga istimewa. Saya seperti budak sekolah pada ketika itu."

14. Apa jadi pada Skandal ini? Ling Liong Sik dibebaskan dari tuduhanpada tahun 2013. Bekas Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) Datin Paduka O.C. Phang pula bebas dari pertuduhan pecah amanah melibatkan RM254.85 PKFZ selepas tujuh tahun bicara. Mahathir dan Ling Liong Sik senyum saja.


BEKAS CEO SIME BANK - DATUK ISMAIL ZAKARIA




15. Pada Ogos 2016, seorang lagi "kambing hitam" Dr Mahathir iaitu Datuk Ismail Zakaria bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sime Bank didapati bersalah atas empat pertuduhan di bawah Akta Perbankan dan Institusi Kewangan (Bafia) 1989 dan Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman denda RM600,000.

16. Pada 12 September 2011, Ismail dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen daripada empat pertuduhan bertindak di luar bidang kuasanya meluluskan pinjaman berjumlah RM175 juta kepada syarikat Everise Capital Sdn Bhd anak syarikat Repco Capital milik proksi Mahathir, Low Thiam Hock antara 20 September 1997, dan 21 Oktober 1997. ( Pinjaman berperingkat RM59 juta, RM50 juta, RM40 juta dan RM26 juta)

17. Ismail Zakaria meletakkan jawatannya selepas Sime Bank yang merupakan antara empat bank terkemuka negara pada ketika itu mencatatkan kerugian RM1.81 bilion sebelum cukai bagi tempoh enam bulan berakhir 31 Disember 1997. Kerugian itu disebabkan pemberian beberapa pinjaman saham bernilai ratusan juta ringgit dan ekoran itu memerlukan suntikan modal lebih RM1.2 bilion untuk membolehkannya terus beroperasi. Kerugian bank tersebut dilaporkan selepas satu tahun diambil alih oleh Sime Darby Bhd. Bank berkenaan sebelum ini dikenali sebagai United Malayan Banking Corporation (UMBC).

18. Itulah kuasa magik Mahathir. Wahyu Mahathir yang berkuasa ketika itu. Siapa berani tidak meluluskan arahan Mahathir untuk memberi pinjaman kepada syarikat taikun atau proksi Mahathir? Beranikah Datuk Ismail Zakaria tidak meluluskan pinjaman kepada Pengerusi Eksekutif Repco Holdings Bhd. (Repco), Low Thiam Hock.

19. Repco Low juga didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen pada Januari 2016 atas pertuduhan mewujudkan kekeliruan terhadap harga saham syarikat itu di Bursa Malaysia tahun 1997. Repco Low didakwa atas pertuduhan mengarahkan seorang wakil Sime Securities Sdn. Bhd. membeli saham Repco Holdings dengan menyerap apa-apa harga tawaran saham itu yang ditawarkan oleh penjual saham di Bursa Saham Kuala Lumpur. Perbuatan itu dikira boleh menimbulkan kekeliruan berhubung harga saham Repco di pasaran.

20. Bayangkan ini – Bayangkan saham Repco diniagakan pada harga RM5 sesaham pada tahun 1996, kemudiannya dimanipulasi sehingga mencecah RM140 sesaham setahun kemudian dan pada tahun 1998, ianya menjunam kepada RM2.98 sesaham. Kaunternya kemudian digantung pada tahun 2000 dan dinyahsenarai 3 tahun kemudian – yang menyebabkan beribu kehilangan wang mereka.






Sekali lagi Surat Mahathir: PM tidak tahu membeli
saham sendiri (Insider trading) adalah satu kesalahan?

21. Apa cara Mahathir melepaskan diri? sekali lagi Mahathir membuat surat perakuan ketika menjadi PM dengan membuat surat bertarikh 18 Oktober 2000 kepada Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti berhubung penglibatannya dengan Repco Low berhubung memanipulasi pasaran saham. Ia subahat yang licik. Akhirnya Repco Low juga ke dalam.

22. Bagaimana dengan Mahathir? masih menikmati saat indah melihat anaknya Tersenarai sebagai ke 28 terkaya di Malaysia. Mukhriz Mahathir pemilik Opcom Holding Berhad yang dapat projek kabel fiber optik zaman Mahathir menerima projek Rundingan Terus Bernilai RM214.2 juta sejak tahun 2003. Malah pada 22 Julai 2016 sehari selepas Saman Sivil Jabatan Kehakiman AS terhadap beberapa individu yang dikaitkan dengan IMDB sehingga kepada pembekuan Aset dibawah Kleptocracy Asset Recovery Initiative, Bursa Saham mengumumkan Dato' Seri Mukhriz Mahathir menambahkan kepentingannya di Opcom Holding Berhad melalui Syarikat KAF Nominees Sdn Bhd dan EB Nominess Sdn Bhd penambahan 29%. Mahathir dan anak-anak jugalah yang kaya.


23. Apapun Mahathir belum senang kerana kes Forex Bank Negara rugi AS 10 bilion adalah seterusnya bakal dihadapinya. Sama-sama menantikan dramanya selepas CIA mendedahkan penglibatan Mahathir dalam Skandal BMFL.





SUMBER :

BLOG Captain M
28 Januari 2017

Sunday, February 12, 2017

ANTARA BIDAAH DAN REALITI - MKW

Apa Yang Strategiknya?

Sibuk golongan yang kurang kebolehan berfikir memainkan sentimen kerajaan menjual aset strategik pertahanan negara kepada negara luar akibat 1MDB dan kerakusan terhadap wang.

Ceritanya, 1MDB telah membeli tanah tersebut dengan harga yang murah dan menjualkannya kepada China dengan harga yang tinggi untuk memulangkan balik wang rakyat sebanyak RM42 billion yang hilang. Maka, tanah milik Tentera Udara DiRaja Malaysia itu kini dimiliki oleh China.

Dari kedua-dua perenggan di atas, dapatlah kita membuat rumusan bahawa ada TIGA butiran utama yang dikaitkan dengan penukaran Pangkalan Udara Kuala Lumpur kepada Bandar Malaysia milik negara China: 


Menjual aset strategik pertahanan negara, 

Memulangkan balik wang rakyat sebanyak RM42 billion yang hilang, dan, 

Tanak milik Tentera Udara DiRaja Malaysia kini dimiliki China.

1, Bida’ah Pertama: Pangkalan Udara Kuala Lumpur Adalah Aset Strategik Pertahanan

Ada seorang pengguna Twitter baru-baru ini mengutarakan kisah yang sama: Pangkalan Udara Kuala Lumpur adalah satu aset strategik pertahanan kerana ianya satu-satu pangkalan tentera udara di dalam sebuah bandaraya.

Apabila saya bertanya apakah yang dimaksudkan dengan ‘strategik’ beliau tidak menjawab hingga ke hari ini.

Baiklah. Mari kita bincangkan betapa strategiknya pangkalan tersebut.

Pangkalan Udara Kuala Lumpur merupakan pangkalan terakhir di mana saya bertugas sebelum menamatkan tauliah jangka pendek dalam perkhidmatan TUDM lebih 20 tahun yang lalu. Pada waktu itu, tepi landasan kapal terbang berada agak jauh dari Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban. Saya sering gunakan bahagian rumput di tepi landasan tersebut di waktu petang setelah operasi udara harian di pangkalan tersebut tamat untuk membawa anak saya terbang menaiki pesawat ringan jenis Buckeye.





Pada tahun 1975, semasa jalanraya masih berada jauh dari bahagian tepi landasan, pengganas dari Parti Komunis Malaya telah melancarkan serangan mortar terhadap pesawat-pesawat Caribou milik TUDM yang berada di pangkalan tersebut, merosakkan dengan teruk salah sebuah pesawat tersebut manakala empat lagi mengalami kerosakan kecil.

Sekiranya anda memandu dari arah Seremban menghala ke Kuala Lumpur anda boleh lihat betapa hampirnya kini lebuhraya dengan tepi landasan tersebut. Anda tidak perlu lagi berada jauh sekiranya ingin melakukan khianat terhadap aset-aset serta bangunan-bangunan yang berada di dalam pangkalan tersebut.

Panjang landasan di PU Kuala Lumpur tidak pernah berubah sejak ianya dibina pada tahun 1952 iaitu sepanjang 3,934 kaki. Semasa saya bertugas, pesawat taktikal sayap kaku yang diterbangkan dari sini adalah pesawat DHC-4 Caribou yang mempunyai jarak berlepas sepanjang 910 kaki, dan pesawat amfibian Grumman HU-16 Albatross yang memerlukan jarak 1.700 kaki untuk berlepas.

Kedua-dua buah pesawat telah dilucut tauliah semasa saya masih bertugas.

Kini, pesawat angkut yang digunakan oleh TUDM adalah lebih besar dari pesawat Caribou. Pesawat A400M memerlukan jarak berlepas minima sepanjang 3,215 kaki manakalah pesawat C-130H memerlukan 3,586 kaki. Walaupun cukup untuk berlepas, landasan tersebut tidak cukup panjang untuk kedua-dua jenis pesawat membuat pemberhentian cemas dengan selamat.

Tambahan pula, Nombor Klasifikasi Beban (LCN) iaitu kategori kekuatan beban landasan di PU Kuala Lumpur ialah 40. Walaupun pesawat C-130H hanya memerlukan LCN 37 untuk tarmac/asphalt, pesawat A400M perlu mempunyai lebih dari 49.

Maka, PU Kuala Lumpur hanya mampu menerima pesawat-pesawat ringan tanpa menjejaskan keselamatan pesawat dan struktur landasan.



Mendarat di Runway 22, Pangkalan Udara Kuala Lumpur (Simpang)


Gambar di atas di ambil sekitar tahun 2001. Bahagian berumput di sebelah kiri gambar kini hanya tinggal setengah akibat pembesaran Lebuhraya KL-Seremban dan Lebuhraya SMART. Jalan di latar depan gambar ini ialah Jalan Istana yang berhubung dengan Lebuhraya Sultan Iskandar (Lebuhraya Mahameru). Kini ada satu jejambat yang lebih tinggi dibina di situ.

Di latar belakang gambar atau di hujung landasan tersebut adalah satu tebing di mana landasan Keretapi Tanah Melayu dan juga ERL lalu. Tebing tersebutlah yang menjadi suatu halangan yang boleh memberi akibat yang buruk sekiranya pesawat angkut A400M atau C-130H terpaksa membatalkan perlepasan.

Lain-lain halangan yang kini berada di situ ialah sebuah bangunan berketinggian hampir 60 meter berada 1.86km di hadapan landasan tersebut.Enam buat tiang lampu yang berada betul-betul di bawah pesawat yang ingin membuat pendaratan di Landasan 22; pokok-pokok milik persendirian berketinggian 55 meter juga di bawah pesawat sebelum mendarat; menara kabel tension tinggi berketinggian 105 meter di sebelah timur landasan; dua buah menara telekomunikasi berketinggian 35 meter dan 76 meter juga dalam laluan pendaratan pesawat.

PU Kuala Lumpur juga tidak mempunyai kemudahan penyimpanan dan pengisian minyak yang sempurna. Sekiranya anda menerbangkan pesawat ringan persendirian mahupun milik kelab dari situ maka anda perlu terbang ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang untuk mengisi minyak sebelum pulang semula ke PU Kuala Lumpur.

Ditambah pula dengan keadaan lalulintas di sekitar kawasan PU Kuala Lumpur yang sememangnya sesak, adakah anda masih menganggap pangkalan udara ini sebuah aset yang strategik?


2. Bida’ah Kedua: Memulangkan Balik Wang Rakyat RM42 billion Yang Hilang

Wang siapa yang hilang?

Wang rakyat?

Sudah tentu bukan.

RM42 billion adalah jumlah wang yang dipinjam oleh 1MDB dari institusi-institusi luar negara untuk melaksanakan projek-projek di dalam negara. Ianya berbeza dengan kehilangan berbillion wang yang diperuntukkan oleh PETRONAS untuk membantu kaum Bumiputera melalui Bank Bumiputera Malaysia Berhad (BBMB) semasa pentadbiran 22 tahun seseorang yang kini mudah lupa. Wang BBMB tersebut telah diberi pinjam kepada orang luar untuk projek hartanah di luar negara yang tiada kaitan langsung dengan rakyat Malaysia mahupun kaum Bumiputera.

Jika wang RM42 billion yang kononnya hilang itu dipinjam oleh 1MDB dari institusi-institusi kewangan luar negara, bagaimana mungkin wang tersebut datangnya dari rakyat?

Untuk makluman semua, cerita RM42 billion ini adalah merupakan cerita basi yang dimainkan semula akibat kehabisan modal untuk terus menipu rakyat. 1MDB telahpun melangsaikan segala hutang awal tahun 2016 lagi! Malah, 1MDB dapat membuat lebihan berjumlah RM2.3 billion lagi. Maka, hentikanlah dari berbohong atau bersubahat menyebarkan pembohongan melainkan anda memang tidak percaya kepada Tuhan.


3. Bida’ah Ketiga: Tanah Milik TUDM Kini Milik China

Bagi saya, saya kurang faham bagaimana cerita bodoh ini boleh dipercayai ramai seperti juga cerita 700,000 bakal warganegara baru Malaysia yang berasal dari China.

Bagaimanapun, saya akur Tuhan tidak menjadikan kita ini semua sama kalau tidak hidup ini akan menjadi bosan. Oleh itu saya amat terhibur dengan cara mereka yang mempunyai daya pemikiran yang sama seperti katak puru yang tersenarai sebagai salah satu dari empat binatang terbodoh di dunia.

Seingat saya, angka 700,000 yang dibawa oleh U-Turn Mahathir ini adalah angka yang sama didakwa oleh bekas Senator Chong Eng Leong dari Sabah telah menerima kad pengenalan Malaysia semasa pentadbiran U-Turn Mahathir. Chong Eng Leong mendakwa bahawa Projek IC semasa pentadbiran U-Turn Mahathir telah memberi kad pengenalan Malaysia kepada 700,000 orang asing yang mana seramai 200,000 adalah pengundi berdaftar di negeri Sabah.

Siapa sebenarnya yang memiliki tanah milik TUDM ini?

Mari kita lihat pecahan pemilikan tanah tersebut: 

40 peratus adalah milik Ministry of Finance Incorporated (MOF Inc), sebuah syarikat di bawah Kementerian Kewangan Malaysia; 

22 peratus adalah milik Credence Resources Sdn Bhd., sebuah syarikat swasta milik warganegara Malaysia;
14 peratus adalah milik Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn Bhd (KPRJ); dan, 

24 peratus milik China Railway Engineering Corporation yang akan membina terminus High-Speed Rail di situ.


Ini bermakna, 54 peratus milik syarikat-syarikat kerajaan dan 46 peratus milik swasta (22 peratus milik swasta Malaysia dan 24 peratus milik swasta China).

Ini juga bermakna 76 peratus Bandar Malaysia adalah milik Malaysia manakala 24 peratus adalah milik China.

Jadi di mana mungkin China memiliki tanah bekas milik TUDM?

Dan murahkah nilai tanah TUDM yang dibeli oleh 1MDB?

1MDB membeli tanah tersebut pada harga RM400 juta. Namun sebagai ganti, 1MDB perlu membina sebuah Pangkalan Udara untuk unit-unit TUDM dari PU Kuala Lumpur ditempatkan. Selain pangkalan udara yang baru, 1MDB juga perlu membina TUJUH buah lagi pangkalan tentera menjadikan jumlah keseluruhan LAPAN buah pangkalan tentera berjumlah sekitar RM1.6 billion. Jumlah keseluruhan = RM2 billion.

Bayangkan apa yang boleh memanfaatkan kita dengan jumlah RM2.5 billion pinjaman yang lesap di Hong Kong semasa pentadbiran U-Turn Mahathir!

Fikir-fikirkanlah!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Search This Blog